Resepi Churros Mudah dan Sedap
1:16 PM![]() |
Credit photo :HobbyPerempuan |
![]() |
Kepekatan sos coklat juga merupakan kunci kesedapan Churros |
So hari ini punya entri aku nak share resepi churros sedap dan mudah untuk dibuat. Kalau nak beli di cafe cafe, sudah semestinya harganya dalam lingkungan belasan ringgit dan kurang berbaloi jika kita buat sendiri sos chocolate dan churros ini sendiri di rumah. Tetapi aku punya resepi ini ada kelainan sedikit berbanding resepi resepi yang selalu dishare, ada satu bahan penambah kesedapan dalam resepi churros kali ini. Jadi, resepi untuk churros adalah seperti berikut ;
Bahan-bahan:
- 1 cawan air
- 1 cawan tepung gandum
- 4 sudu besar mentega
- 3 telur
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu kecil ekstrak vanilla
- Minyak canola
Topping:
½ cawan gula caster
2 tsp serbuk kayu manis
2 sudu serbuk X
Cara-cara:
1. Panaskan air, mentega dan gula sehingga cair
2. Masukkan tepung dan gaul sehingga sebati
3. Biarkan adunan sejuk selama 5 - 10 minit
4. Masukkan ekstrak vanilla dan gaul
5. Masukkan telur satu persatu dan gaul
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag (guna star nozzle)
7. Pipe ke dalam minyak panas dan goreng sehingga perang
8. Gaul bahan-bahan topping termasuk lah bahan X
9. Salut churros dengan topping dan hidang!
So korang nak tahu tak apa bahan topping selain gula caster dan serbuk kayu manis tu? Haa untuk senarai penuh resepi Churros ni dan mengetahui bahan X tu apa, jom tengok disini
p/s- Selama mencuba dan menjamu selera bersama Churros dihujung minggu!
Osman
Share your thoughts here
0 comments